Sunday, December 30, 2012

kau yang terindah


okey. pepagi lagi dh terasa mood ke laut. masuk opis, belek to-do-list, semuanya pasal exam. arghh....dah la 2-3 menjak ni rasa tak sedap badan, tak boleh stress, nati gastrik. so cool fairuz, buat satu-satu, okey. ape pun 2-3 menjak ni asyik terasa nk dengar lagu nih je..jom layan..!




Ku Disini Mengalunkan Rindu Yang Resah
Aku Disini Memuja Bayangmu
setiap Detik Degup Nadiku Hanya Untukmu
Cinta Membara Jiwa Gelora
Kau Yang Terindah Didalam Hidupku
Hanya Cintamu Mekar Selamanya
Tak Inginku Lagi Mencintai Yang Lain
Kau Telah Mengikatku Selamanya

Ku Disini Menantikan Janji Yang Hilang
Aku Disini Menghitung Harapan
Setiap Detik Tiap Nafasku Ada Cintamu
Bagai Semalam Semuanya Hilang


dedicate this song to my beloved husband. wish u here. thank for being such a perfect husband for me. :))


Tuesday, December 18, 2012

:)

hai semua (bujet mcm ramai je reader).. hurmm, tetibe je ade mood nk menulis, padahal keja menimbun. sedar tak sedar dah sebulan lebih aku kawen. macam tak pecaye je kan. haha.. hidup aku mmg totally berubah after kawen. everything is new. tgh menyesuaikan diri, mujur la aku ni jenis yg flexible.. so sekarang ni aku dh stat tinggal rumah metua. ape pun bersyukur sgt sebab family diorg sgt baik + kelakar.mummy, abah, ina best sgt. tak rase terasing pun.. tp still rindu nak balik kampung. rindu ba & mama. rindu nani. rindu adik-2. rindu syafiqah. haish..sabar la wahai hati (padahal last week baru je balik kampung).. 
.
.

last week balik kampung, one of my sis bertunang. picts kat bwh ni aku kidnap dari fb adik aku. time aku tunang dulu x de la aku beria nk letak gmbar kat fb, even mase kawen pun aku letak 2-3 keping je. bukan tak excited, tp mcm x suke je nk heboh sedunia fb tu.
aku mcm kurus kan..?? okey. menipu. 

my family & the new member (si kecik). tapi still missing lagi 3 org (+fotografer)
.
.
2 minggu lepas aku g conference kat KL. tetiba je jumpe aina, bestfren mase degree dulu. seyes, lame tak jumpa. gembira tak terkata. 
dua-2 mata bengkak, coz borak smpai pagi. muahaha
gmbar ni mcm tembam semacam je kan. muahaha.. org kna tinggal, mesti la mkn sokmo nak hilang sedih (konon)
.
.
.
okey. sekian.

counting days. just a thought of you can make me smile.

Sunday, November 25, 2012

i'm married

wahhh..1st entry after jd bini org.. 
ramai yg tanya ape perasaan dh jadi istri??
undescribable feeling..  
yang pastinya, saya cintakan suami saya.
tak perlu sempurna untuk menjadi yang kucintai
-------------------

Friday, November 9, 2012

seminggu je lg

pagi-pagi lagi aku dah nak merepek bagai. haha..jumaat kan hari ni. kalau ikut perancangan, jumaat depan aku kahwen (mudah2an dipermudahkan urusan, amin).. mcm tak percaye je nak kahwen ni. tetibe rase nk kongsi perasaan aku sekarang ni.. huwaaa....mcm2 rase ade..yg plg byk adalah rase tak nak kawen. aik mcm mana tu..??? bila pikir life after kawen tu, aku rase mcm nk lari je dari semua ni. everything will change rite?? mampu ke aku jd sorang isteri yg mithali gitu?? goreng ikan pun x lepas lagi. haish..

untuk perasaan aku yg haru biru ni, aku nk say thanx pada suffian. thanx sbb ko byk nasihatkan aku, wpun x de la byk mane pun kan..tp at least your words somehow make me relief.. memang betul la, jodoh, pertemuan, ajal, semua Allah dah tetapkan. wpun kita satu jalan yg sama, rupanya destinasi kita berbeza kan. lepas kawen ni confirm dah x jupe ko..selamat la ye, selamat merantau. x sbr nak tgu turn aku pulak pasni. (huwaa..ko tak pegi lagi, aku dh terasa kehilangan) sedih kot.. huhu..





untuk bakal penghuni hati ini, hopefully, u're the best for me. 

Monday, October 8, 2012

tersepit

8/10/2012 erkk..it has been a month since we got engaged.. baru sebulan, tp dah macam2 dugaan. korang penah rase perasaan tersepit ditengah2, buntu tak tahu nak wat ape..??mungkin same je rase cam budak yg tersepit ni ------------------------>>

fuhh..bila pikir-2 balik ada disebalik yg berlaku. dah lama tak apply 'doa + usaha + tawakal'.. dulu aku apply benda ni time exam je, dah lame x exam kan so dah lame la tak apply. mungkin allah nk remind aku je.. tak pe, yg penting ujian kali ni betul2 buat aku menghayati 'doa + usaha + tawakal'. yg penting bersyukur atas setiap dugaan & sabar.


-i'm glad u came

Wednesday, September 19, 2012

entry di kala migrain.

salah seorang kawan pernah bagitau : sekiranya kita diuji Allah dengan orang-orang yang kita sayang, tandanya Allah pun sayang kan kita. bersyukur lah bila diuji, tandanya Allah tak lupakan kita (muhasabah diri).

hurmm..banyak benda nak hupdate. tp ruang dan waktu lebih byk disumbangkan utk urusan yg lebih penting.  

banyak sangat benda yg jadi lately ni. sampaikan aku lupa yg aku tak punya family pun kat sini. lupa yg aku selalu merungut, nape la Allah takdirkan aku sorang-sorang di sini..rupa-rupanya Allah dah rancangkan yg lebih baik untuk aku.

semua rasa yang ada tu, tak terluah dengan kata-kata. tak tergambar. tp aku tetap rasa bersyukur. 

hari ni emo gile..tetibe rajin nak buat entry ni pun selepas bergelak ketawa dgn suffian. muahaha..banyak benda yg jadi & banyak perkara yang tak terungkap antara kita.. cewah.. haha..tak perlu la ayat jiwang bagai. ape pun thanx sbb sudi jadi penglipur lara di kala keserabutan (& selamat berBTN)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
baby & haikal. thanx sbb korang tersangatlah menghiburkan.
 
untuk semua yg tanya mane gmbar aku tunang..ni je yg ade.. 

------------------------------------------
just a thought of u can make me smile :)

Monday, August 27, 2012

raya yang tak macam raya.

seminggu sudah raye. alahai. mood raya ntah kemana. semuanya serba tak kena. unexpected experience. raya kali ni mengajar aku betapa besarnya erti 'memberi' dan jangan pernah sekalipun ada niat utk tidak berkongsi (kedekut) sebabnya semua yang kita ada bukan kita punya. kalau Allah nak ambik balik Dia boleh amik berganda2 dari apa yg kita kedekut. tak nak cakap org lain la kan, sendiri dah merasa (so better mind your words, fairuz)


  • untuk 'dia', i would like to dedicate this song for you.



this is the person
finally here just for me
i just know it by heart, even though it doesn’t make sense
but i lived my life for this moment

this is the person
although we've never met before
i feel like i’ve known u for a long time
don’t u feel that way sometimes



  • untuk farah, thanx for hadiah besday yang sangat best. sangat2 terharu..(menangis kot sbb terlalu happy)
  • untuk yam, selamat hari raya...tak sabar nk tunggu yam balik turkey. banyak story nak citer.
  • untuk geng kongsi gelap, rindu giler dgn korang. bila kite nak wat reunion??
  • untuk baby & haikal, thanx for kad raya. wohoo..i love both of u.
  • dan untuk 'dia' (lagi), drive safely. like what ainul said, setiap org adalah kesayangan seseorang. 
........................................................................................................................................................................................................................





Friday, August 10, 2012

How long til we call this love?

Christina Perri - Distance (feat. Jason Mraz)

The sun is filling up the room
And I can hear you dreaming
Do you feel the way I do right now?
I wish we would just give up
Cause the best part is falling
Call it anything but love

And I will make sure to keep my distance
Say "I love you" when you're not listening
How long can we keep this up, up, up?

And please don't stand so close to me
I'm having trouble breathing
I'm afraid of what you'll see right now
I give you everything I am
All my broken heart beats
Until I know you understand

And I will make sure to keep my distance
Say "I love you" when you're not listening
How long can we keep this up, up, up?

And I keep waiting
For you to take me
You keep waiting
To save what we have

So I'll make sure to keep my distance
Say "I love you" when you're not listening
How long can we keep this up, up, up?

Make sure to keep my distance
Say "I love you" when you're not listening
How long til we call this love, love, love?




I just know it by heart,  though it doesn 't make sense

Wednesday, July 25, 2012

What's worse than being hated? Being ignored. At least when they hate you, they treat you like you exist.




-where are u?-

Friday, July 20, 2012

sehari sebelum puase--2012

besok puase. so menghitung hari la aku pas ni. hitung hari balik raye kot. hahaha..puase pun belum. ye la, kena plan betul2 mane la tahu kan, ni puase terakhir kat sini. huwaaa...

tetibe je arini mood nak cari baju raya kat tenet...cari punya cari, tetiba rase cam nk search baju tunang... nak cari yg simple je, tak nak la meriah bagai kan...alahai..dengan badan sepemeluk kayu balak ni, mimpi la kot nak pakai baju cantik2..haha.. 



dato' siti ni pakai ape pun cantek.. aku?? mimpi la aku kalo nak pakai baju camni.. huwaaaa..

-hati yg belum pasti-

Monday, July 16, 2012

dari hati




OKEY. mungkin gambar ni biase je. tapi tak tahu nape aku suke ngat gmbar ni. walaupun budak-2 ni byk songeh (bak kata org kedah, byk kore) , macam-2 pesen,  tapi ....kalo join diorg bergelak ketawa, memang boleh lupa segala masalah yg bersarang dalam kepala aku ni. okey. 

kadang-kadang umur tak melambangkan kematangan. ye la, tiap orang cara pikir memang tak sama kan.  nak-2 pulak zaman sekarang cepat sgt berubah. semua pun atas didikan, faktor kawan-kawan, faktor sekeliling, so kena accept la macam mana pun kan. tapi bagi aku, as long as budak-2 ni tak buat perangai pelik-2, okey la kan. dah2, x bleh lebih-2, kang ade je yg kate aku ni hipokrit la, tak cukup kasih syg la, pergaulan tak kira darjat la. ape-2 je la kan, as long as we respect each other, x de isu darjat pun kan. 

dikesempatan ini, nak wish bezday tuk si comey lotey, farah. biar la dia x bace entry ni pun, tp hopefully, farah dapat apa yg dia inginkan & semoga Allah limpahkan rezeki dan rahmat atas dia. 

-kerinduan-

Thursday, July 12, 2012

baik & buruk

'Ya Allah, dekatkan aku dengan perkara-perkara yg baik, sifat-sifat yang baik, jauhilah aku dari perkara-perkara buruk dan sifat-sifat yg buruk'

doa ni salah satu doa aku tiap2 hari. 
bila pikir-pikir balik, (dengan bersangka baik Allah makbulkan doa aku), org2 disekeliling aku adalah sifat-sifat yg baik utk aku. kawan-kawan yg dekat ngan aku semua pun baik2. even kak ani yg dah g jepun tu pun selalu je mesej, nasihat macam2. student2 aku pun semua baik2. even yg dh grad pun ade lg yg mesej tny kabar. ex-opismet aku dulu pun semua still dekat dgn aku.. rasa bersyukur sgt.


so kalo kawan-kawan aku yg macam makin jauh tu..? pikir sendiri la kan.  


kalau nak senarai kawan-kawan baik aku memang byk. so apa la nak kisah sgt hilang 2-3 org kawan.

-masih tercari-cari sebuah kerinduan-

Tuesday, July 10, 2012

pakej mee goreng

sumone yg sgt dekat dgn aku ade berpesan:

klau order nak mkn mee goreng...kenapa x bleh dpt mee grg jer...kenapa dpt sekali ngan sawi, telur, daging, udang semua tu...mcm tu jugak dengan pasangan hidup...kita nak die jer...tp kita dapat pakej....die dtg secara pakej dgn pe'el die, kebaikan die, kelemahan die, kaum kerabat die yg kita suka, suku sakat die yang kita x bape gemar, juga sahabat handai taulan die yg bermacam2 rupa...adakah kite bahagia? sng jer...mcm mkn mee grg jugak...klau x gemar udang...kita ketepikan...klau x suka sawi, ketepikan...klau suka daging....mkn yg tu dulu...mmg kdg2 rasa udang tu ada jugak....sebab tu jgn lupa order jus oren sekali...kurang skit rasa dia (klau x suke ler)...klau x lalu jugak...smpai termuntah...patut dari awal jgn order mee grg...gitu le gamak kias bahasanyer...






hurmm.. deep meaning.. maybe aku tak rasa lagi sekarang. tapi boleh dijadikan panduan utk akan datang.  

p/s utk org yg bg pesanan di atas: thanx for the dinner treat & perfume. really like it..

Sunday, July 1, 2012

BGL part II

wohoo..hari ni last day ganti pose. tahniah utk diri sendiri.  
hari ni jugak 2nd trial ke hulu ke hilir cari bengkel kete. finally berjaya jumpe satu bengkel, dan service yg sgt memuaskan. abg tu siap ajar aku care2 nak baiki. ape die expect aku bleh buat sendiri ke kalo rosak? memang tak la kan. tp at least aku blaja jugak la kan. :)) 

lastly, just nk ucap time kasih bebanyak pada farah & melly, penaja makanan berbuka kamis aritu. sumpah kenyang giler. 3 keping murtabak megy tu, kenyang sampai pagi. 

okey. sekian.

- tak sabar nk tunggu next week-

Wednesday, June 27, 2012

bGL oh bgL

semalam. seharian saya ke hulu, kehilir cari bengkel kete. bengkel kete memang banyak kat tengganu ni. tapiii..mane nak cari yg betul-2 boleh buat & jujur. so terpaksa la survey 2-3 tempat.. hasilnya: tidak meberansangkan. just tahu ape mslh kete tu je. dalam kepenatan ke sana kemari tu, terdetik di hati, nape la aku di takdirkan cari rezeki di terengganu? sorang-sorang lak tu. susah kot nak survive sorang-sorang kat sini. ntah ke berapa ribu kali aku merungut ayat tu. sampai sekarang pun belum ada jawapan yg tepat. seminit kemudian merungut lagi. ish, kalau dulu beli kete baru terus kan senang, tak payah sibuk2 cari bengkel, xde la kene tipu bagai. sepuloh menet pastu aku sedar. kau tu fairuz bukannya boleh hidup senang sangat. kena belajar hidup susah jugak. baru tahu menghargai. ade kete kelisa tu pun dah kena bersyukur, ke hulu ke hilir ngan kete tu. lagi satu bile dah jadi camni, baru aku tahu sikit sebanyak pasal kete. kalo nk harap aku cari info sendiri ke, bace majalah kete ke, jgn harap la kan. aku rela baca sinchan 10x dari baca majalah kete. so kesimpulan dari cerita, jgn cepat merungut, jgn cepat putus asa, & things happened for reasons. & life is full of surprise. maybe kalo pakai kete baru pun, hari ni okey, besok rosak, sape tahu kan? 




somehow your words can comfort me 

Tuesday, June 26, 2012

bezday wishes

dah 2-3 hari dah entry ni, tertangguh.
okey.actually nk wish bezday tuk cik mely yg comel & jugak fatahOsteo. 
actually dak-2 ni wat macam sesi ice breaking ngan junior. memandangkan aku yg kebosanan sepanjang hari, so dengan muke x malunya menempel bersama-sama diorang. haha, thanx korang. sayang korang.
ade la berape kerat je gmbar yg sempat snap. jom!
disekitar A&W

fatahOsteo @ farihinOsteo. baju p/mlm 3 sepuluh hengget!

bezday girl.

gambar plg x bleh blah. hahahahaha

sesi ice breaking dak-2 ni

beloved mentee & mr kasanova.
.
.
.
.
.

pe pun, selamat ulang tahun utk mely & fatah. hopefully korang membesar jadi 'orang' yg berjaya. 
.
.
.
-kek yg sgt sedap, bbq & coslow yg maveles, time kasih bebanyak ye melayan sy yg menyibuk ni--


biar la dalam kepala ni serabut dgn masalah yg menimbun, tp bila tgk student2 aku ni yg ala-ala kanak-kanak riang ni, rase cam release kejap.  

-luv u all-

Sunday, June 24, 2012

9 Sebab Hati Tidak Bahagia


Antara 9 sebab utama yang menghilangkan
bahagia di hati ialah :


  1. Pemarah
  2. Pendendam
  3. Hasad dengki
  4. Bakhil
  5. Tamak
  6. Tidak sabar
  7. Ego
  8. Riak
  9. Cinta dunia



source:: FB


bila muhasabah diri:

  1. pemarah? agak la kan.especially time tgh emo.hurmmm...kena lebih belajar kawal marah
  2. forgive & forget. tp part forget tu memang susah nk buat kan. i'll try!
  3. setakat ni x de lagi la nk dengki ke sape2 kan. 
  4. kedekut ke aku ni? adoi. ade time2 aku kedekut. okey, akan cuba jadi lebih pemurah.
  5. tamak? tak langsung. mintak2 dijauhi sifat tamak ni.
  6. tidak sabar? YES. dalam 9 perkara ni, sabar yg paling susah nk buat. kadang-kadang perlu reward diri sendiri utk sebuah kesabaran. maybe BB is the next reward?
  7. Ego?? ntah. ade time2 baru terserlah ego aku. 
  8. Riak? huhu..kadang2 tanpa sedar, ade jugak la kan rase riak. bila dah sedar, malu sendiri kan. hehe
  9. cinta dunia?? agak la kan sebab slalu sgt lyn tenet. adoi. dunia je tu.



sesekali menoleh kebelakang, terasa nak lupakan semuanya. 

Tuesday, June 19, 2012

special thanx.

thanx pada cik bebola & cik yg sgt comel lagi manis mcm gula batu.
thanx. wpun korang mude lagi remaja, tp sgt2 membantu. 
i'll pray the best for both of you.
sayang korang sangat-sangat.
.
.
.
and special thanx for kau yg sentiasa ada utk aku. 
(tekujat jugak ko reply sms aku kul 5 tadi, awal gile bangun subuh)
.....................................................
hilang dalam ramai...rintihan panjang..entah dari mana..

Monday, June 18, 2012

tapi ??? bagaimana??

hari ni asyik ulang dengar lagu ni je. ade kaitan ke? ntah, mcm x de je pun. 


-bagaimana harus ku kata kan padanya-


Thursday, June 14, 2012

kek & kek yg sgt sedap

testing..testing..
last week cuti seminggu.
balik sini je, tetiba ade org belanja secret recipe.biar la sepotong je pun. terharu gile.time kasih ye, aku tarik balik la kata2 aku slalu cakap ko kedekut.






then, next day tu, dapat lagi kek dari student kesayangan. ayahnya yang buat, katanya la.

tp seyes sedap gile. ehem..ehem..kite nk masuk kelas wat kek la ngan pakcik zainodin. boleh ke tyqa ?? thanx tyqa. double terharu.





alang2 dah post entry ni, ada beberapa perkara yg hendak di utarakan.

  1. Salah ke kalo x nak bg hadiah kawen?adoi, rase bersalah, tp xpe la, bukan mende wajib pun kan. lagi pun tgh sengkek gile. poket aku, ape korang tahu. adoi. x pe, doa kan dia je.  Sentiasa doakan orang lain tanpa mereka tahu dan lihat bagaimana hidup kita berubah dan kita menjadi bahagia dan membahagiakan - Prof Dr. Muhaya
  2. Salah ke kalo aku nk tegur sesuatu yg nampak pincang dimata aku? adoi. tp agak-agak la kan cik fairuz oi, kan dah bergaduh bagai. sory sis, orang kata terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. haa. amek ko. dah kena maki setambun.
  3. Tahniah Suffian. aku rasa aku yg overexcited. sebab? haha. korang tak yah tahu la.
  4. Rindu gile nak lepak dengan Sherena & Amer, lepak2 membincangkan isu2 dalam beutifulnara.
  5. Rindu gile nak makan roti arab dengan  aaa, akim, pie, im, amir, usop, taufiq & farid, yg mana semua pun muka half awake wpun matahari dh nk tepacak atas kepala kecuali usop yg steady je bace paper..erkk..baru perasan, geng roti arab ni lelaki je ye. 
  6. Rindu yam la.(macam byk je citer nk kongsi)
  7. plan dgn che yah yg masih tertangguh. hopefully akan tercapai hujung tahun ni.
  8. last sekali & yg paling penting. rindu gile kat ba & mama. 
sekian. akhir sekali penutup tirai, gmbor cousin aku kawen baru2 ni. congrat kazen. welcome kak chik. first time jumpe kak chik ni, boleh tahan jugak. bak kata cik alya, first impression tu sgt penting.



banyak lagi benda yg bersarang dalam kepala. ape pun, 16/6 ni comfirm. (u/p: farah & cik bebola)
#np: aku punya kamu. FT. bila la nk bosan dgr lagu ni.

Monday, May 21, 2012

cerita bukit besar

wah. baru je update pg tadi dah beria nk update petang ni pulak ye
pe pun, entry ni khas tuk yam. semalam yam ade tanya ape citer bukit besar kan?
haaa
meh sini nak citer skit
cer tgk gambar kat bwh ni 
haaa..agak2 ape bende tu????
hahahaha
jom kite zoom.

nampak? 
haaaa..ni la citer bukit besar kite sekarang. hahaha.
.....

tak sabar nk tgu election. wpun saya x suka politik, tp sy suke sgt time election. 
.
okey.tu je. babai.


time kasih encik yg sudi belanja saya yg kebuluran tgh hr tadi. semoga sentiasa murah rezeki ye.







wohoo..!

wohoo..
lame gile tak hupdate! byk je bende nk story, tp mood kelaut.
.
.
but
even  i seem to have back my mood, still don't want to say much.
.
.
.

okey. babai.

-- rindu bebola ikan & the gangs --

Monday, April 2, 2012

bye2 kak ani :(

hurmm...rase cam semalam je yam baru g scotland. 
rupanya dah setahun.
hari ni kak ani & family pulak nk berangkat g jepun.
wish u all the best there.
huhu..pasni x de dah le org nak motivate sy pepagi. terpaksa lah motivate diri sendiri pasni.

.
.
alahai, apesal sume org yg dekat dengan aku sume dah pegi ni..
bila turn aku ni..?

Thursday, March 22, 2012

KESABARAN DAN KEBENARAN




pujuklah hati apabila sesuatu yang berbeza dengan kehendak kita berlaku dalam hidup ini. setiap yang Allah takdirkan pasti ada hikmah dan kebaikannya. mungkin kita inginkan kesenangan, tapi Allah anugerahkan kesabaran. kita inginkan keindahan, tp Allah kurniakan kebenaran.

BUKANKAH KESABARAN DAN KEBENARAN ITU LEBIH BERHARGA DARI KEINDAHAN DAN KESENANGAN?

Pahrol Mohamad Juoi


Monday, March 19, 2012

thanx all.

terima kasih ya ALLAH
terima kasih sbb permudahkan segalanya
aku dikelilingi oleh orang yang sangat-sangat memahami
walaupun dalam kesusahan tapi KAU tak pernah biarkan aku keseorangan
semoga KAU memberkati mereka yang telah menolongku. Amin.


mood :: terharu

Friday, March 16, 2012

jgn merungut.okey!

situasi 1

kwn sy (A) : susah la, sejak2 kawen ni, susah sgt dapat balik kampung sendiri. kalau balik pun sehari dua je.
saya : sabar la, plan la cuti ngan husband ye..
(dalam hati: tak payah la nk merungut sangat,k.. jarang balik kampung pun still ade husband nak teman. aku ni, dah le x de family kat sini, sedara mara pun x de...alahai..)

situasi 2

kawan saya (B) : aku dh apply tukar ke semenanjung, tapi x dapat2 lagi..belum rezeki agaknya..tp dgn perut yg memboyot ni, husband kat semenanjung, culture org sarawak yg berbeza dgn kite..huwaaa..
saye : sabar la..ade rezeki nanti dapat la tukar sini..
(dalam hati: errkkk..bersyukur sangat..rupanya ada org yg lebih suffer dari aku..)

so moral of the story: jgn merungut dgn dugaan yg tuhan bagi..ada org lain yg diuji dgn lebih teruk lagi.

mood::bercakap dgn dinding.

wahai hati yg remuk, bilakah mungkin kan sembuh??


Thursday, March 15, 2012

entry khas utk yam


ENTRY KHAS UTK YAM

yam, tgk la betapa saya membesar dgn JAYANYA..





.
.
lembab gile tenet..gmbar lain next entry la ek..

Tuesday, March 13, 2012

rindu budak2 ni


nak story mory psl presentation tadi
tp x de mood lg
tibe2 je teringat kat bebudak 3 org ni




MISS THEM. & MISS MY HOME SO MUCH. 
sekian.


Sunday, March 11, 2012

paku dulang, paku serpih

kalau kata-kata tu ditujukan utk aku, serius aku cakap, aku memang kecik hati. kadang-kadang kita memang tak sangka, muka baik, cakap depan pun baik, tapi bahasa sinis kau, mak aih.. 

paku dulang, paku serpih, mengata orang kau yang lebih

cakap ngan dinding lagi bagus (biarlah macam kurang kasih sayang pun)

##budi bahasa budaya kita##* sweet talker*

Saturday, March 10, 2012

pandangan mata hati

okey. tajuk cerita dibawah adalah ... TAK KENAL MAKA TAK CINTA
.
orang kate tak kenal maka tak cinta.
haha..sebelum kenal korang, memang mcm menyampah je tgk muke sorang2. okey tipu, x de la menyampah sangat kan. haha..tapi bile kenal, korang memang best. haha. kalau tak tengok dengan mata hati sampai bila2 pun akan terus memandang serong kat korang #mata hati bagai! cewah#  rupa2nya, semua pun persis kanak-kanak rebina.cumil #especially bola-bola ikan

thanx sebab ajak sy berjimba #padahal saye yg buat muka x malu nk ikut korang# haha..hajat dihati nak curi gambar kat blog si fatin atiqa.., tp x bleh nk riteklik pulak..haha..korang tengok sendiri la ek..

tapi

ape2 pun korang memang best la. hilang kejap serabut yg bergumpal dalam kepala.


##note utk makhluk tuhan yg belanja saya sirap bandung ptg semalam:: dah lame tak jupe kau, kau masih cakap banyak macam dulu. dari awal aku masuk kete kau (kete baru beb) sampai ko hantar aku balik beribu lemon patah pekataan keluar dari mulut ko.kau sikit pun tak berubah (cume ko dah ade kete sekarang). tapi sikit pun kate2 kau tu tak memberi kesan dalam hati aku.#laicikang bebola ikan lebih memberi kesan# sekian.

adakah yang terputus bisa kembali bertaut??

Friday, March 9, 2012

ikhlas & harapan

keikhlasan memberi harapan. bila seorang ibu ikhlas melahirkan anaknya, menyusukan anaknya, membesarkan anaknya, memarahi anaknya, dia sentiasa berharap anaknya menjadi seorang anak yang soleh & solehah.


so, to all my student (yg bace entry nih) bila ada teguran semuanya dengan harapan korang menjadi seorang yang berjaya kelak. bukan saja dari segi akademik tapi hopefully korang terdidik dengan akhlak & attitude yang baik.

-------------------------------------------------------------------------
learn from mistake

Monday, March 5, 2012

tawakal

SAYA SEDANG BELAJAR ERTI TAWAKAL & SABAR.
HARAP MAKLUM

.
sumone penah pesan dgn saya, 'berdoa lah, & bertawakal lah, sehingga ada saatnya kamu akan merasa tenang dalam jagaanNYA. insyaAllah.




harap kamu baik-baik saja

Saturday, March 3, 2012

emosi..??exam..??

saya memang emosi. haha..tp sekarang ni bukan pada rasa marah, just rasa frust kot. serius rasa sedih.. semuanya nampak pincang. bak kata kak yati, kertas yang koyak, andai di cantum semula, takkan sama cam yang asal. so thats it!

baru je lepas satu problem, muncul problem lain. dan bila prolem 'lain' tu belum pun selesai, ada lagi ujian yang datang. sabar fairuz, kesabaran kau sedang diuji. sabar. sabar. sabar. life is like solving problems. bila ada ujian tandanya Allah sayang kat kita.

so motip letak post title emosi & exam?? haha. ekcely nk letak ujian & emosi. tp tertulis exam. mls nk padam. lagipun same je kan exam & ujian. (same ke?)

Friday, March 2, 2012

the song.

our memory. long times ago.
.

wings. lena diulit intan

Kau telah isikan

Ruangku yang kekosongan
Jadilah seorang insan
Yang penuh dengan pengertian

Yang amat mengharukan
Kalimahmu luahan dalam
Bukan sekadar puisi ciptaan
tapi tulus ikhlas dan kesungguhan ..oh
.
.
.
the meaning of this song.
tells everything about the memories.
.
damn. i miss u so much.

.
.
ada getaran di situ

Tuesday, February 28, 2012

the gud things.

dalam kekalutan menahan perasaan marah hari ni, saye terlupa menghitung perkara gembira hari ni. rupa-rupanya ada lagi perkara gembira yg berlaku hari ni:

  1. ade org belanja lunch (TQ so Much!)
  2. bergosip dgn sherena
  3. dapat call dari ex-ofismate (serius borak pasal takdir dalam hidup!)
  4. mark osce (just my part) & hasilnya tidak mengecewakan.
  5. tetibe ade org sudi belanja dinner (i'll be missing u for a few days)
  6. dan yang paling best sekali, tetibe je dapat hadiah, seriusly, x expect langsung kot. bezday aku lmbat lagi kot. sangatt2 terharu beb. ini baru betul2 saing, sentiasa berusaha mengembirakan sahabatnya. thanx dear, i luv u so much.
  7. tu je kot.
haaaa..tengok..banyak jugak bile dibuat list. ade satu lagi berita gembira yang aku dapat 2 hari lepas. betapanya terbeban dengan mslh dlm kepala, aku boleh lupa pasal bende ni. haish..kena tepon abang aku ni ucap tahniah.

lunch char k.teow di taja oleh rakan sekoridor.seyes sedap. nak nangis makan sedap camtu

ade aku kisah?!

entry nak marah. tapi kan, tak payah la marah-marah, kan lebih baik mendoakan utk org tu. fairuz,fairuz, asyik x puas ati dgn org je, orang sumpah seranah ko sebakul ko tak tahu. biarlah kan, tak hina dek kejian pun. ko igt aku kebulur sgt kasih syg ko yg seciput tu? kasih sayang Allah lagi besar la. haa..tengok, nak marah je bunyinya.. sabar ye hati..bak kate kawan aku a.k.a mr Sapuan, 'tiap perkara/dugaan tu pasti ada sesuatu dihujungnya yang kita memang tak tahu. be prepared!'


Monday, February 27, 2012

..

baru je jumpe tapi saye dah tersangat rindukan budak kecik nih

Sunday, February 26, 2012

dari hati

manusia memang sentiasa memilih. 
walau sebanyak mana kebaikan seseorang, manusia lebih memilih untuk melihat keburukan yang satu. 
patut la org cakap, buat jahat jangan sekali. 


sedangkan keampunan Allah itu sangat luas, siapa lah kita utk terus menghukum tanpa memberi peluang kedua.




really hard to make people change, so juz let them be..

Friday, February 24, 2012

trip to KL (1st entry)

jom layan gmbar trip to hospital serdang & KSKB.
eh, alamak, lupe nk bw balik kabel tepon la..lusa la upload gmbar..

haha..tak pe lah, nak citer jugak psl trip tu..
kononnya nak pegi hospital serdang, tp 1st day kitorg dh berkampung di spital selayang. 
salah sorang student i admitted kes apendix & ovarian cyst. sian die. tak sanggup rasenye nak tgk die mengerang sakit..

wpun 1st day dah ada problem, tp trip kitorg agak smooth la lepas tu... & aku sangat KAGUM dgn student2 aku ni. SEBAB??

  1. haaaa...dalam ketabahan kitorg menunggu kat luar emergency tu, tak de satu pun rungutan dari mulut diorg. tak de pun yg nak marah2 kena tunggu sampai pukul 12 tgh mlm tu kan..
  2. keesokkan harinya aku lagi kagum bila korang sume bleh bangun pagi & turun tepat kul 8 even kite sampai hostel pun dah pukul 1 lbh mlm tu..
  3. korang sikit pun tak merungut pasal bilik hostel korang. wpun hostel tu ngeri gile kot..tapi korang terima seadanya..huwaa..
  4. tu je kot (puji skit2 dah la).
TAPI

korang ni kan, marah tak boleh, cakap baik2 pun tak boleh, asal tegur je menjawab. haa..jawab, jawab..  haha
dah la buang sampah merata-rata dalam bas..pastu asyik nk suruh pakcik bas berenti g toilet je, bladder korang kecik sangat ke...??hahahaha..

okey. saya sangat lapar sekarang.(mana mustafa masyur ni, janji nak date kat roti arab.)

pandanglah aku dgn mata hati.


Monday, February 20, 2012

whatever.

U know what, it's hurt when people talk bad things about person u love the most.

what ever, i still love u, forever.
(ikhlas dari hati)

andainya bulan retak seribu, bayangmu ada di mana-mana

Friday, February 17, 2012

dalam pasir


hasil dari kempunannya nk mandi pantai last week..
.
.
.

TERASA DIRI SANGATTTTTT GEMUKSSSS
.
.

rindu dalam sepi, menunggu jawapan yang belum pasti

Tuesday, February 14, 2012

happy bezday to both of u.


hasil daripada kemengantukkan membaca report FYP
.
.
ade ke orang wat kad bezday buruk camni?? 
kalo aku ni designer sagala kad, kompom bangkrap company tu.
.
hahaha
ape2 ja la
yg penting aku wat sendiri wpun smbil menguap sebanyak 15 kali.
.
.
.
ke mana langkahku pergi selalu ada bayangmu

Monday, February 13, 2012

Sunday, February 12, 2012

sedih & gembira

kadang-kadang bila terlalu banyak perasaan sedih
and tiba2 bila ada satu perkara kecil yang boleh trigger perasaan happy, 
akan rasa gembira yang lebih banyak dari perasaan sedih.
.
.
.
thanx kepada si pemberi jam. pagi-pagi lagi dah buat saya tersenyum. (gelak besar)
sengal ko ye, tak pe ade ubi ade batas..

.
suatu yang indah ceritanya bermula semalam

Friday, February 10, 2012

::soulmate::


Dibalik senyuman indah

Kau jadikan seakan nyata
Seolah kau belahan jiwa

...??

RASA MACAM NAK MANDI PANTAI. JOM.







I don't wanna run away but I can't take it, I don't understand

Tuesday, February 7, 2012

the presentation!


GROUP
GROUP MEMBERS
MARKS
(/10)
GROUP 1
(HOSP. SETIU)
MARLISA BINTI MOHD RAID                
9
FARAH NABILAH BINTI NOORHIZAM          
9
NURUL 'AFIFAH BINTI MOHD YUSOF         
9
MOHAMMAD BIN RAJJA
9
GROUP 2
(HOSP. DUNGUN)
AHMAD ANSARULLAH BIN MOHD YAZID        

NOR AZRIL BIN NOR AZMAN

MOHD AMIR SUFIAN BIN MOHD NOOR

FARIHIN FATTAH BIN AMIR SHARIFFUDIN

GROUP 3
(HOSP. HULU TERENGGANU)
FARAH SYAFIEQAH BINTI MOHAMAD LASIR    
8.4
MASNIRA BINTI SAPUDIN                  
8.4
MOHAMAD TAUFIQ BIN MOKHTAR             
8.4
MUHAMMAD FARID AZFAR BIN ABDUL MALEK   
8.4
GROUP 4
(HOSP. KEMAMAN)
MAZIA MAZREEN BINTI MAZLAN             
5.4
NURIYAH BINTI ALI                      
5.4
NUR FARAHIYAH BT. NOR MOHAMAD
6.8
NURUL ISNAIN BINTI ABDUL JALIL         
6.8
GROUP 5
(HUSM)
NOR FATIN FARHAH BINTI ZAINAL          
6.4
NURUL HUSNA BINTI IBRAHIM              
6.4
SITI HAJAR BINTI MD LAZIM              
6.4
NIK FARHANA BINTI NIK MAHMUD
5.2
GROUP 6
(HOSP. BESUT)
FATIN ATIQAH BINTI ZAINODIN            
9
NURUL SHAFINAZ BINTI JAILANI           
9
MITRA VAISHALY A/P PACHIYAPPAN
9
TUAN NORFATIN SYAFIQAH                 
9


muahaha..asalnye try & error je. skali buleh plak paste kat sini. nak amek korang. kalo nk yg lebih clear, kat board bilik saye ye. (ke mencapub sgt letak kat sini??) haha..lantak la. group 2 tu, memang nk kena kerat markah ni. sehari lg lambat, sy kerat separuh, then bahagi kat kumpulan lain ye. sape setuju sila angkat tangan.

>> & THE BEST PRESENTATION GOES TO GROUP DARI HOSPITAL BESUT & SETIU.
tak payah mention la name 'korang-korang' ..hahaha..

>> kalo nk tny best presentor mesti la MELY sebab dia cumil.. hahaha. okey. tipu. semua pun best. kalo korang tak buat presentation ni, saye takkan tahu ade HOPER KAYU yang tahan ANAI-ANAI. 

lastly. babai. see u tomolow guys!

--walau ke hujung dunia, pasti akan ku nanti, walau ke tujuh samudera, pastikan ku tunggu--

Total Pageviews