Saturday, December 31, 2011

azam la sangat kan..

hai. ade beberapa jam lagi nk bertukar tahun. news feed kat fb semua pun nak wish tahun baru + azam baru.. saya? seingat saya, saya x penah berazam time tahun baru. azam saye dtg tibe2 je, anytime. target yang besar2 tu, saya dah setkan beberapa tahun yg lepas. & alhamdullillah, ada sebahagian daripadanya dah tercapai sepanjang umur saye 27 tahun ni..mungkin ada beberapa lagi yg perlu diusahakan bersungguh2 sebelum usia mencecah angka 30....target yang lain tu, mcm yang saya cakap tadi, semuanya datang tibe2, x payah tunggu tahun baru ke, raya haji ke, ape ke.. haha..contohnya, macam pagi tadi, tibe2 je datang azam nak kuruskan badan, terus g beli slimming tea & tekad x nak makan dinner (padahal mls masak) hahaha..

okey.

semalam cik laily datang sini (actually dh seminggu die kat sini, baru semalam dapat entertain die). kitorang g jalan2 umah umi, umi dah sibuk tanya bila fairuz nak kawen. alamak umi, jap ye, saye nak g tengok dalam geluk jampi, bile la tarikhnye ye..hahaha..umi ni, dalam sakit2 die tu blh pulak tny soalan tu..dah la umi masakkan kitorang mee kari..uish sedapnya memang x terkata..lame gile x makan umi masak..yg paling best dapat main dgn baihaqi & qurtubi..alahai kak ati, jgn beranak kerap2 sgt, anak ke-empat nati tgu saye dulu ye..
umi cakap kening Qurtubi ni nurun fairuz..kening kitorang same kan3? hahaha..

alaa encemnya baihaqi..



.
.
.
.
terengganu sekarang tak habis lagi musim hujannya..saye suke sgt musim hujan kat pantai timur ni..kalau hujan non-stop especially hari jumaat & sabtu..memang best la kan layan bantal..haha..tp part yg paling x best adalah time nak mandi pagi..secara otomatiknya air mcm air peti.. huwaaa..sejukkkk...
.
.
.
so kesimpulannya saye telah memenuhkan sehari cuti hari ni dgn menghabiskan pitih di mydin & layan utube..  dan sepanjang petang layan lagu ni..lagu adira kot,rasenya salah satu lagu ombak rindu kot..mls nk amik tahu psl ombak rindu..layan lagu je...sekian.

.
.
.
lagu ni saye dgr dari blog cik ayu..
ni lah cik ayu nye...
gile kejam letak gmbar tom kecik je..haha..
 .
.
.
motip letak byk2 cerita dalam entry ni?? hahaha of cos la mls nak wat byk2 entry..esok dah stat keje, maksudnya dah stat bz, tatau bile boleh senang2 tulis panjang lebar camni..
.
okey. bye.

-- the sound of rains reminds me to sumone--

Friday, December 30, 2011

di hatimu


makin kau ku kenali makin lebih
kau ku sayangi
ku terlihat gambaranku di mata
nikmat cinta di mayapada
tenteram..damai ku rasa

Di hatimu tempat tinggalku
Tempat ku mengadu kegirangan hidup
Di hatimu tempat ku berteduh
Tak mahu ku berada jauh
dari hatimu



......cewah jiwang ye fairuz..haha..


Wednesday, December 28, 2011

rezeki & sedekah.

Kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta/rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta.


Cara untuk mendapatkan keberkatan daripada Allah :

  1. Bersyukur atas apa yang diberikan oleh Allah. 
  2. Belanjakan harta pada jalan yang diredhai oleh Allah. 
  3. Berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal.
  4. Keluarkan sedekah wajib (zakat) jika sampai nisab dan berikan sedekah sunat kepada orang miskin dan anak yatim. 
  5. Bersedekah kepada anak yatim/miskin kalau boleh setiap hari. (cari anak-anak yatim untuk diberikan).Insyallah akan diganti oleh Allah tanpa kita sedari. 
  6. Ikhlaskan pemberian/sedekah hanya kerana Allah bukan mengharapkan pujian dan sebagainya. (Pemberian tangan kanan tanpa diketahui tangan kiri). Sedekah mulakan dengan keluarga sendiri dahulu selepas itu barulah kepada jiran dan orang-orang yang lebih jauh. Jangan anggap pemberian itu hak kita sebenarnya dalam harta kita ada sebahagiannya merupakan hak mereka. 
  7. Hulurkan pemberian sunat secara rahsia - tetapi pemberian wajib (zakat) perlu diberi secara terangan sebagai menegakkan syiar Islam. 
  8. Konsep sedekah : berikan sesuatu yang kita sayangi. 
  9. Cari harta dunia untuk dijadikan bekalan akhirat. (Dunia untuk akhirat - bukan dunia untuk dunia) 
  10. Amalan yang diberkati ialah hasil peluh sendiri dan juga melalui jualbeli (perniagaan). 
  11. Hulurkan bantuan kepada janda yang ketiadaan suami. 


Dalam satu hadith, Nabi menerangkan setiap awal pagi, semasa terbit matahari ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi. Yang satu menyeru "Ya Tuhanku,kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kerana Allah. Yang satu lagi menyeru 'Musnahkanlah orang yang menahan hartanya (lokek)".



Orang yang bakhil tidak manfaatkan hartanya untuk dunia dan akhiratnya. Menginfaqkan (Belanjakan) harta adalah berkat, sebaliknya menahannya adalah celaka. Dalam hadith lain, nabi bersabda takutilah api neraka walaupun dengan sebelah biji tamar. Dan sabdanya lagi sedekah itu penghapus dosa sebagaimana air memadam api. 



Sedekah walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi Allah. Dan digalakkan memberi sedekah pada awal pagi. 


sumber: blog sape ntah

Wednesday, December 21, 2011

cik ayu--

alamak
saye lupe la
dah janji ngan cik mish nuryu nak wat entry pasal die
sory ye cik yuyu yg comel
saye di landa keserabutan emosi yg tibe2..(haha..padahal ade agenda lain)
.
.
.
:) ape2 pun, si comel ni sgt la malu2 kucing gitu..haha..
agak tekujat sebab kat dlm blog ala2 cam meriah je, tp sekali jumpe alahai nampak cam pemalu, tp sekali pandang kamera, nah, siap buat peace lg..spoting jugak minah ni ye..hahaha..tp malangnya saye lupe bw balik kabel kamera saye..so x leh transfer gmbar..tp bleh je g tgk gmbr kitorg yg cute ni kat blog die..
.
.

Tuesday, December 20, 2011

...

entry seminit selepas subuh


“Jika kau merasakan getaran cinta, kembalikan ia pada Allah (dengan berdoa) dan mohonlah rasa cinta pada-Nya, kerana apabila kau mohon rasa cinta kepada-Nya, kau juga akan dapat cinta orang ingin merasakan cinta pada-Nya..”
~Setiap jiwa manusia itu Allah yang pegang~ (",)
(amek dari blog mane ntah)

.
.
.
alhamdulillah dapat tidur & bangun dengan jayanya
semoga hari ni lebih baik dari semalam

Friday, December 16, 2011

Wednesday, December 14, 2011

Thursday, December 8, 2011

ON AIR


1st time kot g station radio (terengganufm)
gile bedebar nk ON AIR
hahhaha
tido mlm x lena dah
muahaha..
alhamdulillah semua okey & lancar
mujur suara x teketar-ketar
fuhh..
.
.
.
pray for the programs this coming saturday.
jgn la kelam kelibut
penat kot wat preparation
.
.
--i miss u--

Tuesday, December 6, 2011

meninggal & ditinggalkan.

lately asyik dpt berita pasal kematian je. orang sekeliling lak tu. yg banyaknye baru kawen je suami or isteri meninggal. sedih kot kalu laki mati tinggal bini & anak kecik.bila aku cuba meletakkan diri aku kat tempat si bini,confim meraung. ni yg wat aku pikir byk kali nk kawen ni (cewah, mcm nk kawen esok je).

Wednesday, November 23, 2011

mood jiwang.ntah hape2.

addicted to this song lately..
.
.
.
jiwang kan..?????
.
hahaha
.
.

Sunday, November 20, 2011

hujan. . !


bila datangnya ujian dan dugaan dari Allah.
kita perlu redha & pasrah.
ujian itu mendekatkan kita denga ALlah.
tandanya Allah masih sayangkan kita.
kadang-kadang tuhan x bagi apa yg kita minta. 
sebab Dia dah sediakan yg lagi baik utk kita.
.
.
.
that's what i feel rite now.
thanx Allah for not leaving me alone.
.
 Dia yang mengizikan doa dipanjatkan, 
Dia yang mengizinkan usaha dengan kesungguhan,
Dia juga yang mengizinkan hasilnya
yang perlu difikirkan dalam-dalam
di mana kelemahan doa
di mana kelemahan usaha
dan  
di mana kelemahan diri
.
.
Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, dan aku berlndung padamu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang.
.
.
.

awan mengalirkan air matanya..& rindu bertandang lagi..

Wednesday, November 9, 2011

melawan kesepian

kadang-kadang saya tak paham. 
kenapa Allah takdirkan saya mencari rezeki di sini?
still looking for the answer.
'jika ketenangan yang di cari Allah akan uji hati sehingga kita merasa nikmatnya tawakal dalam jagaanNya'
.
.
Allah bagi kita terang utk kita bersyukur
Allah bagi kegelapan untuk bersabar
.
saye sangat rindukan kawan-kawan saya dulu
kak ja, emi,laili, kak asra, kak nana, dayah, kak midah, zura, ayu, zana, sapuan, mat z, ainul, nadia,
farah, am, mely, ayu, anah,
fuhh..i miss them so much.



Judul/Lirik Lagu: Melawan Kesepian
Penyanyi: Siti Nurhaliza

Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti
Air mata tertahan
Waktu untuk dijatuhkan

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku…

Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti..


Allah Tidak Menjadikan Segalanya Sia-Sia. Munasabahnya Ada, Walau Sekecil-Kecil Perkara ~ Ali-Imran: 191-192

Tuesday, November 8, 2011

kematian

Saya terbaca dari seorang blogger; kata-kata Saidina Umar RA. : Jika hari ini orang menyebut si pulan bin si pulan telah meninggal dunia dan esoknya orang menyebut si pulan bin si pulan pula meninggal ..maka suatu masa nanti orang akan menyebut hari ini Umar bin Al-Khattab telah kembali menemui Tuhan-Nya..

Blogger tersebut juga mengumpamakan sakit itu umpama beduk maut. Kalau beduk berbunyi maka bersiap-siaplah ke masjid, kerana itulah tandanya waktu solat telah masuk. Menziarahi orang sakit dianjurkan oleh Nabi saw dan banyak hadis sahih yang menggalakkannya. Menziarahi orang sakit akan mengingatkan kita juga kepada sakit.Namun berapa ramai manusia yang sedar bahawa masa sihat dan kuat itulah masa yang sesuai dimanfaatkan untuk amal makruf dan nahi mungkar..? Berapa ramai yang berebut-rebut untuk melakukan amal soleh? Berapa ramai yang berfikir masa sihat itulah untuk berusaha semaksima mungkin (menyimpan wang) melaksanakan rukun Islam kelima atau sibuk menukar kereta atau melancong ke Langkawi,Genting Highland, Bukit Tinggi atau sejauh Hong Kong dan London?

Coretan dari blogger ni sgt2 menyentuh. Terfikir, bilakah berapa banyakkah masa yang aku ada? rasanya macam dah terlalu alpa dengan masa sihat.

Menziarahi orang sakit, menghadiri dan melawat si mati, mengiringi jenazah ke kubur..sangat menginsafkan. Biarpun keinsafan yg sekejap, tetapi masih lagi ada peringatan untuk diri. Benarlah menziarahi orang sakit dan mengiringi jenazah merupakan salah satu hak seorang muslim ke atas muslim yang lain.

Hikmah menziarahi jenazah:
  1. Dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama insan.
  2. Dapat menunaikan hak seorang muslim terhadap seorang muslim terhadap muslim yang lain.
  3. Membantu keluarga si mati mengurangkan kesedihan dan tekanan emosi atas kehilangan orang yang mereka kasihi dengan memberikan kata2 semangat dan perangsang untuk meneruskan kehidupan.
  4. Menimbulkan keinsafan dalam diri bahawa setiap benda yang bernyawa pasti akan menemui ajal apabila tiba masanya. Itulah ketentuan yakni qada' Allah SWT.





Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari
kau pergi.. pergi..
sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia


--semoga Allah merahmatimu, semoga kau tenang di sana.--

Sunday, November 6, 2011

selamat hari raya

hai semua
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA.
.
.
menyesal pulak x pikir pasal korban tahun ni
asyik hitung hari bila nk balik rumah je
x igt lgsung psl korban
x pe, tgu tahun depan la. (moga2 sempat)
tapi tak pe lah. dengar tanyalah ustaz pagi tadi. byk lg ibadah wajar dilakukan selain korban.
.
.
.
--luv to be at home--

penantian

penantian
org cakap penantian satu penyeksaan
betul ke
tp yg pastinya, 
menunggu = sabar
.
penantian.
dari sekecil-kecil perkara sampai sebesar-besar perkara.
semuanya memerlukan kesabaran
.
.
tapi
itu kalau kita yg jadi penunggu.
kalau kita yg buat org tunggu??
.
.
sepatutnya entry ni last week lagi.
terpikir nk tulis time tgh tggu member kat pondok gad kat kota tu..
saya tunggu dalam sepuluh minit je
tp sepuluh minit dalam hujan lebat
lama kot.
time tu saya tekad, tak nak buat orang tunggu saya
terseksa kot tgu dalam hujan.(sejuk kot)
.
tapi kan sesetengah orang tak pernah kisah pun semua tu
tak kisah pun kalau biar orang tunggu dia
saya pelik la, diorang tak de rase bersalah ke.
.
dalam banyak-banyak perkara, saya paling tak suka tunggu orang.
nak pulak orang yang tak tepati masa
oh no
tunggu nasi masak wpun tgh kebulur saya boleh sabar lagi
tapi jgn x tepati masa.
setakat 15 minit tu ok lagi la. acceptable
bagi saya orang yg tepati masa adalah orang yang tahu hormatkan orang lain
tp kalau yg suke lengah2 tu, lebih pada selfish(saya ada kwn yg mcm ni)
.
.
--you & me--best fren forever--

Wednesday, November 2, 2011

just miss them so much..!

--the memory of steamboat..make me laugh ever--
.
.
.


--untuk yam--
.
.


--------------------

I'm Not So Special, But I'm Just 1 Of The GOD's Limited Edition ✿◠‿◠



Wednesday, October 26, 2011

deepavali

HAPPY DEEPAVALI...!!!!
oooOOooopppss..over plak.
tiba2 teringat kat kwn2 india yg seramai 2-3 org..haha
heppy deepavali geng.
.
.
--happy dapat chat dgn intan aleesya--

Thursday, October 20, 2011

...........................

740pm
still at this office
mOdE:: marking paper proses 1
very disappointing!

Tuesday, October 18, 2011

hujan

.
.
hari hujan
no mood at all
ada sesuatu yg menyesakkan fikiran
sesuatu yg menyakitkan hati bila difikirkan
tapi
hanya mampu berfikir
hanya mampu merasa sakit
hanya mampu membiarkan semuanya berlalu..
let it be that way fairuz
.
.
.


.
.
-- u step on my heart--
-- i miss the old days --

Saturday, October 15, 2011

politeknik seberang prai

lecturer politeknik memang bengong!
entry ni memang khas nk mengkritik pensyarah politeknik, especially politeknik seberang prai. memang la pembelajaran IPT sekarang berpusatkan pelajar (SCL) or OBE..tp tengok la dulu student hampa tu mai dari cerok mana. result SPM tu cukup2 makan ja..pastu nak suruh depa belajaq sendiri. sengal tol la. ape kaitan dgn aku? hah, adik aku ni, tiap2 minggu mintak tolong aku buat assignment tuk dia. aku ni lecturer jugak. aku pun bengang kalau anak murid aku suruh org lain tolong wat assignment. tp kesian jugak bila dia dok merayu-rayu camtu. aku pulak kena dok study subjek dia pastu terang kat dia balik, pastu guide dia wat asingment. so kesimpulannya, baik aku saja yang jadi lecturer dia. aku ni yg bengap bab ekonomi ni, tiba2 saja jd cerdik. siap boleh explain lagi apa tu polisi fiskal. pah tu lecturer dia dok goyang kaki. masuk kelas bagi asignment, pastu blah. next kelas, kutip asingment tu pastu kritik, marah budak2 buat x ikut prospek yang dia nak. bengong punya lecturer. anak murid hg tu dah la x berapa nk bijak, kena la ajaq ikut cara yg betoi. memang la nak SCL la segala bagai, tp biaq kena konsep. tu la,  p kursus SCL, bukannya nk fokus, mesti tidoq time kursus, pastu mentekedarah ja tau, mentang2 la kusus SCL slalu wat kat hotel. 

Wednesday, October 5, 2011

Aku Punya Hati [ Chipmunk Version ]




saat aku di sisimu hatimu terasa jauh
semua rasanya hampa walau katamu banyak rindu
perasaanku tak bisa dustai, tak seperti dulu lagi

aku tak mau terus begini
bila kau tak lagi sungguh-sungguh cinta aku
walau hati ini tak sanggup lupakan dirimu
ku sadari aku yang harus pergi


aku masih punya hati (aku masih punya hati)
kau pasti tahu itu (engkau pasti tahu itu)
bila ku salah mengapa kau diam 
mengapa tak kau bicara (tak kau bicara)


aku tak mau terus begini
bila kau tak lagi sungguh-sungguh cinta (sungguh) aku (aku)
walau hati ini tak sanggup lupakan dirimu
ku sadari aku yang harus pergi


cinta ini masih tersimpan
meski semua kini hanya hanyalah fatamorgana


aku tak mau terus begini
bila kau tak lagi sungguh-sungguh cinta aku
walau hati ini tak sanggup lupakan dirimu
ku sadari aku yang harus, aku yang harus
aku yang harus pergi



Sunday, October 2, 2011

joms..mee udang..!

lets take a break at pulau sayak--jOmss...

big brother & luvly sis
specialty of pulau sayak--mee udang...terbaek! 

.............................................................................................................

-- harapan yg tinggi--

Tuesday, September 27, 2011

dapat hadiah lagi...!

muahaha..gembira betul rase
last week saye cuba2 je masuk contest ulasan buku kat FB jemari seni..
ulasan novel Panggil Aku Dahlia yg kak su tulis (sy kan peminat setia Kak Su (noor suraya)
tak sangka terpilih dapat hadiah istimewa dari kak su..suke3..
haha..saye cube2 je.. 
sy penah wat entry pasal Panggil Aku Dahlia 
novel ni sy beli 3 minggu kot baru sy sentuh..mula2 nyesal beli, tp lame2 best pulak..
kak su memang terbaik la..hehe
.
.
hadiahnya.... ‘SAYEMBARA IX – Cerpen Hadiah Esso-Gapena’ 
.
tak kisah la ape pun hadiahnya, yg penting happy
next week nak join next contest la..
ulasan novel JET JONAH-karya IKA MADERA
sy dah penah beli buku tu, tp tertinggal kat kampung
so alang2 balik minggu ni kena balik cari dulu
....

-alamak, aku pun terkena badi sasterawan jugak ke--

puisi tidur.

puisi khas utk saye..
.
.
wahai manusia rinduilah diri seadanya dihati, 
benar ikhlaskan subur mekar, 
tetapkan padu melakar dunia.
terpancar salju, penebat lara. 
si buta pencipta rasa, berhenti sekejap mencari arah, 
berlambong angin berdebar dada. 
berbadai berdebuk mengejar jiwa
.
.
ntah. tak paham.

Saturday, September 24, 2011

hadiah lagi

macam x pecaya
dapat hadiah bezday lagi hari ni
dah sebulan lebih kot bezday, tibe2 ade suprise lg
hahaha
.
.
.
.
dapat yg warna merah tu..
cantik kan
walaupun basic phone je, tp saya rasa terharu sangat..
sangat...sangat...sangat terharu...
thanx..thanx..thanx...
semoga Allah murahkan rezeki awak
dan semoga Allah sentiasa merahmatimu..
.
.
- i'll always remember you-

Friday, September 23, 2011

cinta & sahabat

.
ronggeng2 kbmall td
intai2 levis
mahal gile kot
masuk milan lak..
intai2 frame spek
tiba2 terpandang satu spek ni..
TAGHeure
mak aihhh..cantik siot..tapi mahal kot..
frame saje beribu..
tibe2 kwn sy tegur, 'eh, jam hg tu bukan ke brand TAGHeure???'brand mahal tu..'
rasa bersalah..tapi lebih pada rasa terharu..
tak sangka ada org nk bg hadiah jam yg mahal camtu..

jam ni muat2 tangan je..nampaknya sy x boleh gemuk lagi la..

.
.
.
so apa kaitan tajuk cinta & sahabat..??
hahaha..saje je..sebab heppy dpt kuar ngan am & hana..dapat mkn laksa umi, dapat jumpa emi..
kalau x ada cinta, mana mungkin kita dapat bersahabat kan..
.
.
.
-sory ye amer, saje je bikin panas tajuk tu-

Saturday, September 17, 2011

baihaqi, intan, penang, feri, & raya

ya rabbi..tajuk ntah hapa2..nampak sgt nak letak byk cerita dalam satu entri..
hahaha
---------------------------------------------------------------------------------------------------
last week sebelum course kat penang, sempat g beraya rumah umi
dah lama tak jupe baihaqi
igt time mula2 sampai KT, masa tu umur baihaqi tak sampai sebulan..
sekarang dah boleh berlari..dah dapat sorg lagi adik
tibe2 terasa cam dh lama rupenye aku kat KT ni
rase cam baru semalam packing barang pindah KT..
huhu

-baihaqi-
-- me & baihaqi --
-------------------------------------------------------------------
first day course kat penang, balik je rumah mama & ba ajak g beraya rumah intan

..intan hape ntah namenye..actually ade gak gmbar kakak2 die, tp sbb die je senyum melebih, letak gmbar die je la..
 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------
gmbr2 kat bwh ni, time raya hari tu..
same kan muke kitorg??muahaha
-cousin-auni, nurin & fawaz-
-ba & auni-
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
kat bawah ni pulak gmbar time pegi penang
byk lg sebenaqnya, tp lembab gila doh tenet kat umah ni
yg mana sempat upload je la ek..
atas feri
feri..feri..feri..dah lama tak naik feri, rasa sangat teruja
stesen bas kat jetty yg dh berubah wajah--muahaha..pening kot cari bas..
motip???hahaha..tempat dating time muda2 dulu..skang ni dah x dak bus stop & pokok besaq..semua nmpak lain sgt..
 -------
tiba2 saya sedar kenapa tuhan tak nak bagi sy keja kat penang; sebab:
  1. kalau sy dok umah, saya akan bertmbh gemukss, hampir tiap2 malam saya mkn nasi..(malam=tgh malam) uish..mana boleh tahan..
  2. asyik koya..pikir mcm2..segala kenangan yg dah lapuk pun dok teringat balik..kalau takat 3-4 hari x pa la, kalau hari2, x tau la
  3. jerawat sy akan bertambah, udara kat penang tercemar sbb byk sgt org asing (bangla + vietnam+ dll)
  4. naik feri memang la best, tp tak tahan la dgn bau2..pagi2 ok lagik, semua fresh, tp bila mai petang ya rabbi, semua bau pun ada..rasa nak muntah
  5. tu je kot.


--------------------------------------------------
 esok balik KT
kembali ke kehidupan yg senyap
------------------------------------------------------------------

-- miss azwad & feeza--

Wednesday, September 14, 2011

yeahhh..

muahaha..
saya berjaya berkursus sambil melepak di rumah
esok ada sehari lagik
x kesah la kena merangkak nek feri ke hape ke
yg penting dapat dgq mama beleter pagi2
her words were same as hot coffee--very fresh
.
.
.
--penang remind me to 'some memories'--

Monday, September 12, 2011

putih hitam gemok kurus~

Putih tidak semestinya bersih, 
Hitam tidak semestinya kotor,
 Gemok dan pendek tidak semestinya tak cantik,
 kurus dan tinggi tidak semestinya lawa,
 yang penting budi bahasa dan tingkah laku mesti mau baik
.
.
.
pagi2 lagi dh dpt nasihat terbaik dari ba..
.
haha.
wait for me
i'm going home today...!

Tuesday, September 6, 2011

raye la sgt

hi guys
selamat hari raye ye
.
seminggu beraya sakan (konon)
rasa mcm lupa terus psl terengganu or keje
hwaaa..rase cam nk smbung cuti
.
anyway, tgk lam fb & blog member2, sume org pun sibuk2 nak upload gmbar raye kan
tibe2 saye cam perasan sumthing..mostly, ex-schoolmate saye ramai yg upload gmbar raye dgn husband & baby masing2..ade yg dah bertiga..ade yg berempat..dah  tak de zaman pegi beraya dgn kwn2 lagi dah..
saye jugak beraya kat rumah tok & nani je, amek alih tgs abg; jadi driver tuk ba, mama & adik2 saya 
muahahaha...maksudnya?? 
.
.
tapi mcm pelik jugak, raye tahun ni mcm x de pun soalan cepu cemas tuk saye..
bagus la, tak payah saya penat2 pikir nak menjawab soalan yang x dak jawapan tuh
.

missing:: abg & kakak saye x de :(
simple je kan raye kitorg tahun ni..x de pun nk berbling2 ke berjangoks2 ke hape ke..
dapat kumpul family camni pun dah rase best sgt..
.
.
.
-- rindu yam la..rase cam  baru semalam je kite lepak tgk tiramitsu same2--

Thursday, August 25, 2011

hati & kertas


Dah nak raya..rasa macam nak tulis sumthing yg berkaitan dengan sakit hati & memafkan org lain.
.
dalam surah Al-Baqarah, ayat 237:  Allah bermaksud : “Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal-menghalalkan) lebih dekat kepada taqwa”(Surah al-Baqarah, ayat 237)
.
forgive & forget
.
simple kan
.
.
hmmm..saya memang dh lama maafkan, dah lama jugak lupakan

tapi
.
.
.
.
bak kata kak yati;
 hati yg terluka macam kertas yg dicarik2, kalau dicantumkan semula, x kan sama dgn yg asal.

--kecewa bila org salah anggap--
--tak suka bila terpaksa jadi mangsa keadaan--

Monday, August 22, 2011

keletisan!

adeh
baru la rasa boleh bernafas sket tuk hari ni
byk gile kot keje semenjak-2 menjak ni
habis je kelas dgn budak 2nd yr, terus masuk bdk 3rd yr..
final lg, conas lg, lab report lg, vetting lg
x terkejar
.
seyes sibuk
.
x sempat nk kemas bilik pun
.
mcm tongkang pecah

.
ye kan?
.
--nk muntah rase menantikan hari esok yg juga bkl sibuk--

Wednesday, August 17, 2011

...heartless...

berusaha untuk tidak meletakkan kesabaran pada level yg paling rendah
.
.
--really need the fresh air--

Tuesday, August 16, 2011

hepy..hepy..hepy

bonus dah masuk
yeah
.
.
pesanan ba tuk hari ni:
berbelanja lah dengan berhemah dan cermat.

hepy..hepy..hepy..
blh bg duit raye lebih tuk ba 

Monday, August 15, 2011

kerja..kerja..kerja..


.
belajar utk lebih ikhlaskan hati
.
sekian
.
pesanan ba hari ni:

terima lah dengan hati yang terbuka, baru rasa lapang dada.

Sunday, August 14, 2011

timun dan durian

pesanan dari ba saye hari ni

"kakak tu timun, nanti dah jadi durian, jgn ikut perangai durian sekarang pulak"

hahaha
paham x?

okey.
ni pesanan ba sy lepas tgk status ym saya;
"student wat salah, lecturer yg bersusah payah, pengakhiranya, tak tau ape moral value yg student tu dapat"
.
.
.
pandai2 la nk pikir.
.
.
--struggle for final exm Qs--

Saturday, August 13, 2011

terharu...!

gembiranya dapat chat dgn ba saye hari ni..
syukur sgt sebab ba sehat harini..terima kasih Allah

BA      :selamat hari lahir ,semoga panjang umor, murah rezeki dan cepat mendapat jodoh, amin.
SAYE : AMIN. terima kasih.
BA      : jam baru dah pakai ka?
SAYE : dok ckp tepon dgn mama ni
BA     : apa yang mama komen pagi2 lagi ni?
BA     : Lambat macam siput.
(buleh die ckp saye taip cam siput..haha)
SAYE : hahaha
SAYE : mama dok cerita..mcm2 dia report..
SAYE : terima kasih utk wish tu
SAYE : ayubi mesej semalam.. ucap bezday
BA     : ingat lah juga dia kat kakak.
SAYE : hmm..in memory je..hehe
BA     : jam dah pakai ka?
SAYE : mesti la pakai..org yg bagi siap pesan suruh pakai sokmo
SAYE : hahaha
BA      : dah dua tahun tak karat lagi ka?
SAYE : elok lagi
SAYE : tp tak tau la brand apa
SAYE : tp bateri pun okey lagi
BA     : cap ayam lah tu
SAYE : hahah
SAYE : cap ayam pun cap ayam lah
SAYE : janji boleh pakai lagi
BA      : apa pun cap nya , tentu tempatnya di hati
SAYE : hahaha...tapi dia dah nak kawen kot..dia bg bayangan dah tu
BA      : melepas lagi.(tengok? x bleh blah kan..hahah)
SAYE : haha..tu la, nasihat mama tak mau ikut.. hehe..dah lama mama suh ngorat dia
BA      : lain kali jangan bantah cakap mama, ikut petua nya, tentu dapat dan selamat.
BA      : ok lah ba kuar dulu.
SAYE : okey.time kasih ye..luv u so much..


tengok..ba saya spoting kan..kan3???
saya sgt sayang ba saya..wpun dulu sy agak segan & malu2 sejak saya dewasa, tp sekarang ba & mama boleh jadi sahabat yg terbaik..segala ape pun yg jadik tiap2 hari mesti sy citer kat diorg..haha..
saye sgt heppy, ba saya dah pandai chat..suke2..boleh chat hari2 dgn dia..

--bunge ros kak yati tanam..spesel upload utk yam--

Friday, August 12, 2011

hadiah.

gembiranya saye dapat hadiah bezday in advance
hehe..
terharu rase bila ada org igt bezday saye
unexpected person pulak tu
haha




w'pn jam tangan ni brand ntah ape2
wpun byk cerita di sebalik jam tangan ni (story that make me smile)
tp saye tetap suka bila dpt hadiah ni
thanx ye..sgt2 terharu..
.
..
...
-thanx skali lagi, aku betul2 igt ko dh lupe bezday aku--

Total Pageviews