Saya terbaca dari seorang blogger; kata-kata Saidina Umar RA. : Jika hari ini orang menyebut si pulan bin si pulan telah meninggal dunia dan esoknya orang menyebut si pulan bin si pulan pula meninggal ..maka suatu masa nanti orang akan menyebut hari ini Umar bin Al-Khattab telah kembali menemui Tuhan-Nya..
Blogger tersebut juga mengumpamakan sakit itu umpama beduk maut. Kalau beduk berbunyi maka bersiap-siaplah ke masjid, kerana itulah tandanya waktu solat telah masuk. Menziarahi orang sakit dianjurkan oleh Nabi saw dan banyak hadis sahih yang menggalakkannya. Menziarahi orang sakit akan mengingatkan kita juga kepada sakit.Namun berapa ramai manusia yang sedar bahawa masa sihat dan kuat itulah masa yang sesuai dimanfaatkan untuk amal makruf dan nahi mungkar..? Berapa ramai yang berebut-rebut untuk melakukan amal soleh? Berapa ramai yang berfikir masa sihat itulah untuk berusaha semaksima mungkin (menyimpan wang) melaksanakan rukun Islam kelima atau sibuk menukar kereta atau melancong ke Langkawi,Genting Highland, Bukit Tinggi atau sejauh Hong Kong dan London?
Coretan dari blogger ni sgt2 menyentuh. Terfikir, bilakah berapa banyakkah masa yang aku ada? rasanya macam dah terlalu alpa dengan masa sihat.
Menziarahi orang sakit, menghadiri dan melawat si mati, mengiringi jenazah ke kubur..sangat menginsafkan. Biarpun keinsafan yg sekejap, tetapi masih lagi ada peringatan untuk diri. Benarlah menziarahi orang sakit dan mengiringi jenazah merupakan salah satu hak seorang muslim ke atas muslim yang lain.
Hikmah menziarahi jenazah:
- Dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama insan.
- Dapat menunaikan hak seorang muslim terhadap seorang
muslim terhadap muslim yang lain.
- Membantu keluarga si mati mengurangkan kesedihan dan
tekanan emosi atas kehilangan orang yang mereka kasihi dengan memberikan
kata2 semangat dan perangsang untuk meneruskan kehidupan.
- Menimbulkan keinsafan dalam diri bahawa setiap benda
yang bernyawa pasti akan menemui ajal apabila tiba masanya. Itulah
ketentuan yakni qada' Allah SWT.
Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya
tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu
wangian kasihmu
hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama
terindah
tak lagi kudengari
kau pergi.. pergi..
sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau
kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di
ranting usia
--semoga Allah merahmatimu, semoga kau tenang di sana.--
No comments:
Post a Comment