Cara untuk mendapatkan keberkatan daripada Allah :
- Bersyukur atas apa yang diberikan oleh Allah.
- Belanjakan harta pada jalan yang diredhai oleh Allah.
- Berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal.
- Keluarkan sedekah wajib (zakat) jika sampai nisab dan berikan sedekah sunat kepada orang miskin dan anak yatim.
- Bersedekah kepada anak yatim/miskin kalau boleh setiap hari. (cari anak-anak yatim untuk diberikan).Insyallah akan diganti oleh Allah tanpa kita sedari.
- Ikhlaskan pemberian/sedekah hanya kerana Allah bukan mengharapkan pujian dan sebagainya. (Pemberian tangan kanan tanpa diketahui tangan kiri). Sedekah mulakan dengan keluarga sendiri dahulu selepas itu barulah kepada jiran dan orang-orang yang lebih jauh. Jangan anggap pemberian itu hak kita sebenarnya dalam harta kita ada sebahagiannya merupakan hak mereka.
- Hulurkan pemberian sunat secara rahsia - tetapi pemberian wajib (zakat) perlu diberi secara terangan sebagai menegakkan syiar Islam.
- Konsep sedekah : berikan sesuatu yang kita sayangi.
- Cari harta dunia untuk dijadikan bekalan akhirat. (Dunia untuk akhirat - bukan dunia untuk dunia)
- Amalan yang diberkati ialah hasil peluh sendiri dan juga melalui jualbeli (perniagaan).
- Hulurkan bantuan kepada janda yang ketiadaan suami.
Dalam satu hadith, Nabi menerangkan setiap awal pagi, semasa terbit matahari ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi. Yang satu menyeru "Ya Tuhanku,kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kerana Allah. Yang satu lagi menyeru 'Musnahkanlah orang yang menahan hartanya (lokek)".
Orang yang bakhil tidak manfaatkan hartanya untuk dunia dan akhiratnya. Menginfaqkan (Belanjakan) harta adalah berkat, sebaliknya menahannya adalah celaka. Dalam hadith lain, nabi bersabda takutilah api neraka walaupun dengan sebelah biji tamar. Dan sabdanya lagi sedekah itu penghapus dosa sebagaimana air memadam api.
Sedekah walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi Allah. Dan digalakkan memberi sedekah pada awal pagi.
sumber: blog sape ntah
bagus cik fairuz kite :)
ReplyDeletehaha..cik yam ni..saye saje je post, terbaca kat blog mane ntah..
ReplyDelete