Saturday, December 31, 2011

azam la sangat kan..

hai. ade beberapa jam lagi nk bertukar tahun. news feed kat fb semua pun nak wish tahun baru + azam baru.. saya? seingat saya, saya x penah berazam time tahun baru. azam saye dtg tibe2 je, anytime. target yang besar2 tu, saya dah setkan beberapa tahun yg lepas. & alhamdullillah, ada sebahagian daripadanya dah tercapai sepanjang umur saye 27 tahun ni..mungkin ada beberapa lagi yg perlu diusahakan bersungguh2 sebelum usia mencecah angka 30....target yang lain tu, mcm yang saya cakap tadi, semuanya datang tibe2, x payah tunggu tahun baru ke, raya haji ke, ape ke.. haha..contohnya, macam pagi tadi, tibe2 je datang azam nak kuruskan badan, terus g beli slimming tea & tekad x nak makan dinner (padahal mls masak) hahaha..

okey.

semalam cik laily datang sini (actually dh seminggu die kat sini, baru semalam dapat entertain die). kitorang g jalan2 umah umi, umi dah sibuk tanya bila fairuz nak kawen. alamak umi, jap ye, saye nak g tengok dalam geluk jampi, bile la tarikhnye ye..hahaha..umi ni, dalam sakit2 die tu blh pulak tny soalan tu..dah la umi masakkan kitorang mee kari..uish sedapnya memang x terkata..lame gile x makan umi masak..yg paling best dapat main dgn baihaqi & qurtubi..alahai kak ati, jgn beranak kerap2 sgt, anak ke-empat nati tgu saye dulu ye..
umi cakap kening Qurtubi ni nurun fairuz..kening kitorang same kan3? hahaha..

alaa encemnya baihaqi..



.
.
.
.
terengganu sekarang tak habis lagi musim hujannya..saye suke sgt musim hujan kat pantai timur ni..kalau hujan non-stop especially hari jumaat & sabtu..memang best la kan layan bantal..haha..tp part yg paling x best adalah time nak mandi pagi..secara otomatiknya air mcm air peti.. huwaaa..sejukkkk...
.
.
.
so kesimpulannya saye telah memenuhkan sehari cuti hari ni dgn menghabiskan pitih di mydin & layan utube..  dan sepanjang petang layan lagu ni..lagu adira kot,rasenya salah satu lagu ombak rindu kot..mls nk amik tahu psl ombak rindu..layan lagu je...sekian.

.
.
.
lagu ni saye dgr dari blog cik ayu..
ni lah cik ayu nye...
gile kejam letak gmbar tom kecik je..haha..
 .
.
.
motip letak byk2 cerita dalam entry ni?? hahaha of cos la mls nak wat byk2 entry..esok dah stat keje, maksudnya dah stat bz, tatau bile boleh senang2 tulis panjang lebar camni..
.
okey. bye.

-- the sound of rains reminds me to sumone--

Friday, December 30, 2011

di hatimu


makin kau ku kenali makin lebih
kau ku sayangi
ku terlihat gambaranku di mata
nikmat cinta di mayapada
tenteram..damai ku rasa

Di hatimu tempat tinggalku
Tempat ku mengadu kegirangan hidup
Di hatimu tempat ku berteduh
Tak mahu ku berada jauh
dari hatimu



......cewah jiwang ye fairuz..haha..


Wednesday, December 28, 2011

rezeki & sedekah.

Kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta/rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta.


Cara untuk mendapatkan keberkatan daripada Allah :

  1. Bersyukur atas apa yang diberikan oleh Allah. 
  2. Belanjakan harta pada jalan yang diredhai oleh Allah. 
  3. Berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal.
  4. Keluarkan sedekah wajib (zakat) jika sampai nisab dan berikan sedekah sunat kepada orang miskin dan anak yatim. 
  5. Bersedekah kepada anak yatim/miskin kalau boleh setiap hari. (cari anak-anak yatim untuk diberikan).Insyallah akan diganti oleh Allah tanpa kita sedari. 
  6. Ikhlaskan pemberian/sedekah hanya kerana Allah bukan mengharapkan pujian dan sebagainya. (Pemberian tangan kanan tanpa diketahui tangan kiri). Sedekah mulakan dengan keluarga sendiri dahulu selepas itu barulah kepada jiran dan orang-orang yang lebih jauh. Jangan anggap pemberian itu hak kita sebenarnya dalam harta kita ada sebahagiannya merupakan hak mereka. 
  7. Hulurkan pemberian sunat secara rahsia - tetapi pemberian wajib (zakat) perlu diberi secara terangan sebagai menegakkan syiar Islam. 
  8. Konsep sedekah : berikan sesuatu yang kita sayangi. 
  9. Cari harta dunia untuk dijadikan bekalan akhirat. (Dunia untuk akhirat - bukan dunia untuk dunia) 
  10. Amalan yang diberkati ialah hasil peluh sendiri dan juga melalui jualbeli (perniagaan). 
  11. Hulurkan bantuan kepada janda yang ketiadaan suami. 


Dalam satu hadith, Nabi menerangkan setiap awal pagi, semasa terbit matahari ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi. Yang satu menyeru "Ya Tuhanku,kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kerana Allah. Yang satu lagi menyeru 'Musnahkanlah orang yang menahan hartanya (lokek)".



Orang yang bakhil tidak manfaatkan hartanya untuk dunia dan akhiratnya. Menginfaqkan (Belanjakan) harta adalah berkat, sebaliknya menahannya adalah celaka. Dalam hadith lain, nabi bersabda takutilah api neraka walaupun dengan sebelah biji tamar. Dan sabdanya lagi sedekah itu penghapus dosa sebagaimana air memadam api. 



Sedekah walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi Allah. Dan digalakkan memberi sedekah pada awal pagi. 


sumber: blog sape ntah

Wednesday, December 21, 2011

cik ayu--

alamak
saye lupe la
dah janji ngan cik mish nuryu nak wat entry pasal die
sory ye cik yuyu yg comel
saye di landa keserabutan emosi yg tibe2..(haha..padahal ade agenda lain)
.
.
.
:) ape2 pun, si comel ni sgt la malu2 kucing gitu..haha..
agak tekujat sebab kat dlm blog ala2 cam meriah je, tp sekali jumpe alahai nampak cam pemalu, tp sekali pandang kamera, nah, siap buat peace lg..spoting jugak minah ni ye..hahaha..tp malangnya saye lupe bw balik kabel kamera saye..so x leh transfer gmbar..tp bleh je g tgk gmbr kitorg yg cute ni kat blog die..
.
.

Tuesday, December 20, 2011

...

entry seminit selepas subuh


“Jika kau merasakan getaran cinta, kembalikan ia pada Allah (dengan berdoa) dan mohonlah rasa cinta pada-Nya, kerana apabila kau mohon rasa cinta kepada-Nya, kau juga akan dapat cinta orang ingin merasakan cinta pada-Nya..”
~Setiap jiwa manusia itu Allah yang pegang~ (",)
(amek dari blog mane ntah)

.
.
.
alhamdulillah dapat tidur & bangun dengan jayanya
semoga hari ni lebih baik dari semalam

Friday, December 16, 2011

Wednesday, December 14, 2011

Thursday, December 8, 2011

ON AIR


1st time kot g station radio (terengganufm)
gile bedebar nk ON AIR
hahhaha
tido mlm x lena dah
muahaha..
alhamdulillah semua okey & lancar
mujur suara x teketar-ketar
fuhh..
.
.
.
pray for the programs this coming saturday.
jgn la kelam kelibut
penat kot wat preparation
.
.
--i miss u--

Tuesday, December 6, 2011

meninggal & ditinggalkan.

lately asyik dpt berita pasal kematian je. orang sekeliling lak tu. yg banyaknye baru kawen je suami or isteri meninggal. sedih kot kalu laki mati tinggal bini & anak kecik.bila aku cuba meletakkan diri aku kat tempat si bini,confim meraung. ni yg wat aku pikir byk kali nk kawen ni (cewah, mcm nk kawen esok je).

Total Pageviews