Thursday, February 3, 2011

Surat Ungu untuk Nuha

last week(26Jan2011) :: popular :: jusco melaka :: with cik jue :: 
.
hasilnya :: Surat Ungu Untuk Nuha
.
sangat best :: hasil karya nOOr Suraya
.
u really surprised me at this scence;
 "Alang, kak Nuha pakai tudung..cantiknya dia." "warna ungu ke, Baya..?" 'tak, warna hitam..macam mak Arab" --- tak ku sangka hero buta.
.
surat ungu utk nuha -- novel ke-3 noor suraya yg saya beli:: caya la kak SU (u're the best)
.
1st novel kak su yang saya beli -- of cos la JaJa & Din -- memang tak menyesal beli -- bila habis je terus berangan .. 'bila la saye akan temui 'din' saye..' smpai ada rasa cemburu dgn JaJa..hahaha..watak2 dalam tu, sangat 'hidup', rasanya dh 5-6 kali saya ulang baca dan tiap kali baca mesti nangis..oh, saya mmg x suka cerita sedih, tp cerita ni memang boleh buat saya menangis -- terharu...!
.
.
2nd novel kak su yg saya beli -- 'panggil aku Dahlia' -- novel pertama yg saya beli tanpa baca sinopsis sbb saya sgt percaya pada kak su..mula-mula baca rasa mcm menyesal beli..dlm hati--tu la hg, pandai sgt, sapa suruh pakai main ambik saja..'-- tp selepas beberapa bab, rasa macam enjoy je baca..terus hilang rasa sesal tu.. dan novel tu dah diulang baca sebanyak 3 kali -- hahaha
.
.
bila dh beli SUUN, saye pun google la jemari seni & noor suraya..-- ya rabbi, nape la saya lambat tahu blog kak su..rasa mcm terlepas something yg sgt menarik -- seolah-olah tak sempat tahan pakcik jual eskrem lalu dpn umah -- rupanya byk lg karya kak su..and bila tgk balik, rasa mcm dh baca 'Keranamu Ain' tp dh tak igt, sbb dulu, zaman remaja baca novel suka2 je..so sekarang ni, saya dlm usaha mengumpul semua novel kak su Ya...! saya pasti akan buat..! saya suka novel kak su mungkin sbb byk loghat utara..oh, i miss my hometown...! kadang-kadang rasa nak tegeliat lidah bila sesekali balik SP.. dan saya juga suka novel JS lain yg saya beli..
.
.
saya pun tak tahu sampai bila saya akan berenti baca novel :: mama pesan, 'jgn asyik beli novel, bace juga sirah2 nabi ke..buku2 agama...-- jgn asyik beli novel..novel tu 'kehendak' saja -- adus..saya memang suka baca novel..seingat saya,semenjak saya reti mengeja, saya sdh mula suka cerita fiksyen..dulu habis' majalah ibu' mama saya, saya selongkar, bc cerpen..apa2 mjlh sekalipun, 1st part yg sy buka, part cerpen..bila dh reti pinjam buku kat libri sekolah, 2 tahun berturut2 saya dapat hadiah sbb byk membaca...bila dah pegang duit sendiri..fuh..tak payah habaq la...novel dah masuk dalam kategori 'keperluan' bukan lagi 'kehendak'..so saya tak tahu bila saya akan berenti baca novel..sama seperti saya tak tahu bila saya akan dipanggil mengadapNya..sama seperti saya tak tahu bila saya akan jumpa 'belahan jiwa' saya..(tibe2 je..)

--saya rindu ba & mama saya --

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews